Penjelasan kontroversi khat


Sheridan Mahavera

Khat merupakan seni kaligrafi Islam yang menggunakan tulisan Arab yang mempunyai keindahan, simbol dan maksud tersendiri. – Gambar YouTube, 4 Ogos, 2019.

SENI khat menjadi isu terbaru yang mendedahkan perbezaan pendapat antara orang Melayu dan bukan Melayu berhubung sistem pendidikan negara.

Langkah untuk mengajar murid sekolah Cina dan Tamil tentang khat dan tulisan Jawi ditentang oleh pihak pentadbiran sekolah itu serta pemimpin DAP.

Menurut Kementerian Pendidikan, tujuan subjek itu adalah mendedahkan kepada pelajar tentang keindahan seni kaligrafi Arab.

Namun bagi pengkritik, ia merupakan beban kepada kanak-kanak bukan Melayu yang akan belajar sesuatu yang tidak akan digunakan di kemudian hari.

Kalangan pengkritik menganggapnya sebagai cara tersembunyi untuk membiasakan minda golongan muda bukan Islam, kerana khat dan jawi berkait rapat dengan kepercayaan umat Islam.

Lagipun mereka berkata, jika kerajaan mahu mendedahkan pelajar ke kaligrafi budaya, mengapa tidak ada pelajar Melayu belajar tentang tulisan Cina dan India?

Berikut adalah penjelasan ringkas tentang kontroversi ini.

1. Apa itu khat dan apa itu jawi? 

Khat merupakan seni kaligrafi Islam yang menggunakan tulisan Arab.  Menurut  Prof Awang Azman Awang Pawi, khat merupakan seni visual yang mempunyai keindahan, simbol dan maksud tersendiri.

“Pengajaran khat ialah menghayati keindahan tulisan yang mempunyai estetika dalam konteks sejarah, falsafah dan fungsi,” kata Awang Azman dari Fakulti Pengajian Universiti Malaya.

Jawi pula merupakan tulisan Arab yang melibatkan huruf dan tanda baca, yang telah digunakan dalam penulisan bahasa Melayu sebelum beralih kepada huruf Roman.

Akhbar pertama seperti Utusan Melayu, menggunakan tulisan jawi pada zaman sebelum merdeka.

2. Adakah mengajar khat dan jawi satu bentuk peng-Islaman?

“Mempelajari sejarah, bentuk, dan estetika asas seni khat serta jawi bukan bermakna hendak mengislamkan orang bukan Melayu,” kata Awang Azman.

Ahli sains politik Dr Wong Chin Huat berkata jawi sering dikaitkan dengan Islam kerana Al-Quran itu dalam bahasa Arab dan menggunakan tulisan serupa.

“Tetapi jawi sendiri bersifat nuetral agama dan telah digunakan untuk agama lain selain Islam,” kata felo kanan dari Institut Jeffrey Cheah di Asia Tenggara.

Kitab-kitab Kristian berbahasa Melayu pertama yang disebarkan di rantau ini juga menggunakan skrip jawi, kata Wong.
 
Malah, kitab Bible Kristian di negara seperti Mesir, Syria dan Lebanon menggunakan bahasa dan tulisan jawi. – 5 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen