Gempa kuat landa pulau Jepun, tiada ancaman tsunami


Jabatan Meteorologi Jepun berkata gempa itu berlaku dengan kedalaman 46 kilometer pada jarak 66 kilometer tenggara dari Sendai, Jepun. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2019.

SATU gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Ritcher, menggegarkan berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 6.23 petang ini.

Jabatan Meteorologi Jepun berkata gempa itu berlaku dengan kedalaman 46 kilometer pada jarak 66 kilometer tenggara dari Sendai, Jepun.

Gempa itu turut dirasakan di Tokyo.

Agensi itu berkata tiada ancaman tsunami dikeluarkan tetapi amaran tentang bahaya gempa itu dimaklumkan pada gempa melanda.

Tahap kemusnahan atau kemalangan jiwa akibat kejadian itu masih belum dapat dipastikan.

Perkhidmatan kereta api laju Shinkansen dihentikan buat sementara akibat kejadian itu.

Tiada aktiviti luar biasa juga dikesan pada loji nuklear di wilayah tersebut. – AFP,  4 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen