RINGAN tulang, buah tangan, ambil berat, ibu kandung dan baik hati.
Ini lima simpulan Bahasa Melayu yang perlu murid sekolah rendah Cina dan Tamil belajar menulis dalam bentuk kaligrafi Arab atau jawi pada tahun depan.
Simpulan bahasa ini dan contoh penggunaannya, hanya yang perlu dipelajari dalam enam muka surat seksyen khat dalam buku teks Bahasa Melayu.
Isu ini mencetuskan bantahan dalam kalangan ibu bapa, guru, ahli politik dan pakar akademik.
Perdebatan berhubung enam muka surat ini merupakan kontroversi terbaru yang menunjukkan kemelut antara orang Islam dan bukan Islam di Malaysia berhubung sistem pendidikan masing-masing.
Menurut gambar enam muka surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight, seksyen khat itu mempunyai dua tujuan iaitu mengajar murid tentang penggunaan jawi dalam Bahasa Melayu dan memahami maksud sebenar di sebalik simpulan bahasa itu.
Difahamkan lima simpulan bahasa itu akan diajar dan kementerian akan memuktamadkan versi yang akan digunakan dalam buku teks Bahasa Melayu Darjah Empat di sekolah rendah Tamil dan Cina pada tahun depan.
Dalam silibus itu, murid akan diajar untuk menulis dan mengeja menggunakan huruf jawi yang ditulis dari kanan ke kiri.
Sebagai contoh, baik hati akan dieja menggunakan huruf ba, alif, hamza, ya, qaf disusuli ha, alif, ta, ya.
Simpulan bahasa ini juga digunakan dalam petikan untuk menggambarnya maksud dan cara penggunaanya.
Sebagai contoh untuk simpulan bahasa baik hati dan ambil berat berbunyi:
Ibu Mei Fung mengusahakan taman didikan kanak-kanak atau tadika. Nama tadika beliau adalah Tadika Si Buah Hati. Tadika Si Buah Hati sangat maju. Banyak ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika itu. Ibu Mei Fung sangat baik hati dan ambil berat kanak-kanak di tadika beliau.
Nota kaki yang disediakan untuk guru di bahagian bawah petikan itu menyatakan bahwa nilai yang dimaksudkan adalah ‘kegigihan’. – 4 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen