SEMBILAN orang terbunuh dalam insiden tembakan rambang di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat (AS) awal pagi Ahad, kata polis.
Penyerang turut ditembak mati dalam kejadian berbalas serangan dengan polis.
Kejadian itu berlaku pukul 1 pagi di kelab malam popular di daerah Oregon, kata Leftenan Kolonel Polis Matt Carper.
Katanya, seramai 16 mangsa turut cedera dalam insiden itu.
“Suspek melepaskan tembakan rambang di jalanan dengan menggunakan selaras senapang,” katanya.
Polis kini masih cuba mengenalpasti identiti penyerang dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut berada di lokasi kejadian untuk memberi bantuan.
Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas 20 orang terbunuh dalam serangant tembakan di El Paso, Texas.
Carper berkata Oregon merupakan kawasan yang selamat dan popular dalam kalangan pelancong.
“Insiden ini amat tragik dan kita masih menyiasat motif serangan ini,” katanya. – AFP, 4 Ogos, 2019.
Komen