NAJIB Razak menggesa pemimpin Pakatan Harapan, termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng, meletak jawatan kerana gagal berkempen menutup operasi Lynas Malaysia.
Bekas perdana menteri itu menamakan Lim, Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang kini perlu memikul tanggungjawab kerana gagal melaksanakan janji pilihan raya.
Menurutnya, ketiga-tiga pemimpin terbabit sekurang-kurangnya perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kegagalan mereka dalam perjuangan anti-Lynas.
“Lim pernah berjanji untk menutup loji berkenaan di Kuantan, dan mengatakan operasi loji itu sama dengan operasi loji nuklear.
“Wong Tack juga turun ke jalan raya di Dataran Merdeka bersama kira-kira 2,000 peserta untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap Lynas. Fuziah pula memang kerusi Parlimen Kuantan kerana berkempen dengan isu Lynas.
“Tetapi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata permit Lynas akan dilanjutkan lagi selama enam bulan, dan terdapat kemungkinan mereka akan benarkan untuk menyimpan bahan nadir bumi di Malaysia, katanya ketika perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Papar di Lok Kawi hari ini.
Najib berkata demikian setelah menyatakan kesedaran semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia bahawa mereka telah membuat kesilapan untuk mengundi di PH pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Menghentikan operasi Lynas merupakan salah satu janji pilihan raya yang gagal ditunaikan PH selepas mendapat kuasa pada 9 Mei lalu.
“Saya mahu tanya Lim, Fuziah dan Wong, adakah mereka tiada prinsip dan maruah?
“Sekiranya ada, kamu perlu letak jawatan atau sekurang-kurangnya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menipu mereka,” katanya. – 4 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen