ISTERI Presiden Syria Bashar al-Assad dalam satu temubual yang disiarkan semalam berkata beliau telah bebas sepenuhnya dari kanser payudara selepas setahun menjalani rawatan.
“Perjalanan telah berakhir…saya benar-benar menakluki kansar,” kata Asma al-Assad dalam siaran wawancara yang disiarkan dalam rancangan televisyen negeri.
Pejabat Presiden Syria mengumumkan Ogos lalu bahawa wanita pertama berusia 44 tahun itu telah memulakan rawatan untuk kanser payudara yang dihidapinya.
Sejak itu, gambarnya yang kurus dan memakai hijab kerap dikongsi di akaun media sosial Presiden Syria.
Pada Januari, Asma menjalani pembedahan di sebuah hospital tentera di Damsyik.
Dalam temubual itu, beliau menggambarkan “kepenatan fizikal” dan kesan lain akibat rawatan dijalaninya itu.
Beliau memuji sokongan yang diterima daripada anak-anaknya, ibu bapanya dan suaminya.
“Sudah tentu dia berada di pihak saya,” katanya merujuk kepada Assad.
Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan. – AFP, 4 Ogos, 2019.
Komen