15 terbunuh dalam insiden tembakan di Texas


Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung di sebuah kedai Walmart di El Paso, Texas semalam. – Gambar AFP, 4 Ogos, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 15 orang terbunuh dalam insiden tembakan besar-besaran di Texas, Amerika Syarikat (AS) selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung di sebuah kedai Walmart semalam.

Walaupun skala terbesar tragedi di Texas masih belum diketahui, saluran televisyen meletakkan angka yang maut antara 15 dan 20 orang sementara anggota paramedik dilaporkan merawat puluhan mangsa.

Selepas bercakap dengan Gabenor Texas, Presiden Donald Trump di menulis di Twitter mengatakan “laporan amat menyedihkan, ramai terbunuh” sementara beberapa Demokrat yang berhasrat mengalahkannya dalam pilihan raya tahun depan berkata sudah terlalu lewat untuk menangani “epidemic” keganasan senjata.

Ia adalah insiden tembakan kedua yang membawa maut berlaku dalam tempoh kurang seminggu di gedung Walmart di AS dan berlaku selepas insiden tembakan besar-besaran di California hujung minggu lalu.

Menurut polis seorang suspek telah ditahan.

Rakaman menerusi kamera telefon menunjukkan beberapa mayat terbaring di kawasan parking gedung itu sementara pihak berkuasa membuat rayuan terdesak supaya orang ramai menderma daah.

Rakaman lain menunjukkan pengunjung yang ketakutan berlari keluar dari kedai itu selepas terdengar bunyi tembakan.

Walaupun polis belum mengumumkan angka sebenar yang maut, saluran NBC melaporkan 19 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera.

CBS pula memetik Peguam Negara Texas sebagai berkata, antara 15 dan 20 orang maut sementara sumber penguat kuasa undang-undang memberitahu ABC News sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh.

Pelbagai laporan berita mengatakan umur mangsa yang dirawat di hospital antara dua hingga 82 tahun. – AFP, 4 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen