5 maut gempa kuat di Indonesia


Gempa berukuran 6.9 magnitud yang berlaku petang semalam memaksa penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi dan berlari keluar ke jalan raya di Jakarta. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2019.

LIMA orang maut manakala beberapa orang cedera dalam gempa bumi bawah laut yang mengegarkan pulau padat dengan penduduk di Pulau Jawa sehingga mencetuskan amaran tsunami, kata agensi bencana kebangsaan hari ini.

Gempa berukuran 6.9 magnitud yang berlaku petang semalam memaksa penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi dan berlari keluar ke jalan raya di Jakarta.

Pegawai agensi bencana kebangsaan memberi amaran bahawa gempa berkemungkinan mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter tetapi amaran itu ditarik semula selepas beberapa jam kemudian.

Jurucakap agensi Agus Wibowo berkata tiga orang maut akibat serangan jantung ketika gempa kuat melanda wilayah itu.

Menurutnya seorang lagi meninggal dunia selepas cuba melarikan diri dari rumahnya ketika gempa berlaku.

“Empat lagi didapati cedera dengan lebih 200 bangunan dan 13 rumah rosak,” katanya.

Agus berkata, lebih 1,000 orang dipindahkan ke penempatan sementara tetapi kemudiannya kembali semula ke rumah mereka atas nasihat pihak berkuasa.

Pada Disember kawasan itu pernah dilanda tsunami yang mencetuskan gunung berapi sehingga membunuh lebih 400 orang.

Indonesia mengalami aktiviti seismic dan gunung berapi yang kerap disebabkan kedudukannya di “Ring of Fire” di Pasifik di mana plat tektonik berlanggar.

Tahun lepas gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami melanda di Palu menyebabkan lebih 2,200 orang terbunuh manakala 1,000 orang lagi dilaporkan hilang.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi 9.1 magnitud melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami sehingga membunuh 220,000 penduduk di seluruh rantau Lautan Hindi termasuk kira-kira 170,000 penduduk di Indonesia.  – AFP, 4 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen