PRESIDEN Donald Trump berkata ujian peluru berpandu jarak dekat Korea Utara baru-baru ini, tidak melanggar perjanjian dengan pemimpin Kim Jong Un, walaupun mungkin menyalahi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Trump berkata demikian selepas Korea Utara menjalankan tiga ujian peluru berpandu termasuk peluru berpandu balistik jarak sederhana, pada minggu lalu, lapor agensi berita Yonhap pada Jumaat.
“Kim Jong Un dan Korea Utara menguji tiga peluru berpandu jarak sederhana sejak beberapa hari lalu,” kata presiden itu di Twitternya.
“Ujian peluru berpandu itu tidak melanggar perjanjian yang disepakati di Singapura kerana tidak ada perbincangan mengenai peluru berpandu jarak sederhana,” katanya. – Bernama, 3 Ogos, 2019.
Komen