Lima tahanan ditembak di balai polis Mexico


Guanajuato adalah salah satu pusat perindustrian terbesar di Mexico dan merupakan pangkalan bagi syarikat kereta dan penerbangan global. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2019.

BEBERAPA lelaki bersenjata menyerbu sebuah balai polis dan menembak lima orang tahanan di Mexico, kata pihak berkuasa.

Kumpulan itu melepaskan tembakan ke atas lima lelaki yang tidak dikenali di dalam sel mereka di balai polis negeri Guanjuanto pada hari Jumaat selepas masuk menyerbu dengan beberapa kenderaan, kata jurucakap keselamatan negara, Juan Jose Martinez kepada pemberita.

Juan bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa mangsa ditahan oleh pihak berkuasa.

Seorang pengawal  yang berada ditempat kejadian ketika serangan itu berjaya melarikan diri tanpa luka, kata Martinez.

“Kami telah bersetuju dengan datuk bandar untuk membantu mengukuhkan keselamatan dan menyokong permintaan kehadiran pihak berkuasa persekutuan yang lebih besar di kawasan itu,” kata Setiausaha Dalam Negeri Mexico, Luis Ayala.

Guanajuato adalah salah satu pusat perindustrian terbesar di Mexico dan merupakan pangkalan bagi syarikat kereta dan penerbangan global.

Pertubuhan jenayah yang besar tertarik kepada negeri itu kerana industri berat dan infrastruktur tenaga penting yang wujud.

Mereka adalah sasaran kumpulan jenayah, yang terlibat dalam pengedaran dadah serta memeras ugut, menculik, dan mencuri bahan api. – AFP, 3 Ogos, 2019. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen