Al-Quran 1,000 tahun dirampas di Turki


Manuskrip dibalut dengan kulit antelop itu dirampas dalam satu operasi membanteras penyeludupan yang dijalankan di daerah Yatagan, menurut sumber enggan dikenali. – Gambar AFP, 3 Ogos, 2019.

PASUKAN keselamatan Turki merampas manuskrip Al-Quran berusia 1,000 tahun daripada pengedar barang antik, di wilayah selatan Mugla, demikian menurut sumber keselamatan pada Jumaat.

Manuskrip dibalut dengan kulit antelop itu dirampas dalam satu operasi membanteras penyeludupan yang dijalankan di daerah Yatagan, menurut sumber enggan dikenali.

Menurut agensi berita Anadolu, turut ditahan dua suspek yang merancang untuk menjual manuskrip itu. 

Turut dirampas dalam operasi itu senjata api dan enjin kereta. Butiran lanjut mengenai manuskrip Al-Quran itu tidak dinyatakan. – Bernama, 3 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen