Tentera, pemimpin protes setuju isytihar perlembagaan Sudan


Perjanjian itu berlaku selepas rundingan panjang antara Majlis Ketenteraan Sudan dan Perikatan Kebebasan dan Perubahan (AFC) yang mengetuai gerakan protes di Sudan sejak beberapa bulan lalu. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2019.

PEMERINTAH Sudan daripada kalangan jeneral dan pemimpin gerakan membantah kerajaan Sudan mencapai “persetujuan bersama” berhubung deklarasi perlembagaan, kata Kesatuan Afrika (AU).

Keputusan bersama itu membuka jalan bagi sebuah peralihan kepada pemerintahan awam.

Perjanjian itu berlaku selepas rundingan panjang antara Majlis Ketenteraan Sudan dan Perikatan Kebebasan dan Perubahan (AFC) yang mengetuai gerakan protes di Sudan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya ingin mengumumkan kepada rakyat Sudan, Afrika dan antarabangsa bahawa kedua-dua delegasi telah bersetuju sepenuhnya untuk sebuah deklarasi perlembagaan,” kata jurucakap AU Mohamed El Hacen Lebatt kepada pemberita.

Lebatt berkata mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan majlis rasmi menandatangani deklarasi tersebut.

Perkara utama yang terkandung dalam deklarasi itu adalah berkenaan kuasa badan pemerintah gabungan tentera-awam yang dicadangkan bersama-sama, selain penempatan pasukan keselamatan dan kekebalan jeneral terhadap keganasan berkaitan protes yang terjadi.

Pengumuman pada hari Sabtu itu tampil selepas majlis tentera mengumumkan sembilan anggota paramilitari telah ditangkap kerana membunuh empat penunjuk perasaan awal minggu ini sewaktu perbincangan dengan pemimpin protes mengenai masa depan negara dilancarkan telah berlangsung bagi hari kedua.

Pergerakan menentang anggota paramiliter dari Pasukan Sokongan Rapid dilancarkan selepas kejadian tembakan mati terhadap empat remaja dan dua penunjuk perasaan lain ketika perhimpunan protes terhadap kekurangan bahan api dan makanan di bandar Al-Obeid, Utara Kordofan pada hari Isnin.

Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan di seluruh Sudan.

Pada hari Khamis, empat lagi penunjuk perasaan ditembak mati di bandar kembar ibu kota Omdurman, kata seorang doktor yang dikaitkan dengan pergerakan protes.

“Siasatan telah dilancarkan berhubung kejadian di Al-Obeid dan tujuh anggota RSF segera dipecat dan diserahkan kepada mahkamah untuk perbicaraan,” kata jurucakap majlis ketenteraan, Shamseddine Kabbashi kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau juga berkata langkah-langkah akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan pada hari Khamis – AFP, 3 Ogos, 2019. 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen