PRESIDEN Donald Trump menegur “kemajuan” rundingan damai dengan Taliban namun sekali lagi memberi amaran bahawa beliau berkemampuan untuk menyerang Afghanistan.
“Kita telah buat banyak kemajuan. Kita teruskan berunding,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.
Trump berkata, tentera AS yang berdiam sejak hampir dua dekad, “boleh merampas Afghanistan dalam tempoh dua atau tiga hari, tetapi saya tidak mahu membunuh 10 juta orang.”
Beliau pernah membuat kenyataan sama mengenai 10 juta kematian pada Julai, namun kali ini menyatakan ia tidak melibatkan senjata nuklear. “Saya bercakap secara konvensional.”
Bagaimanapun, Trump masih tidak menjawab dengan jelas soalan mengenai laporan Washington Post mengenai perjanjian yang mana Amerika Syarikat akan mengurangkan tenteranya di Afghanistan kepada 8,000 berbanding 14,000 anggota sekarang.
Sebagai balasan, Taliban akan mengadakan gencatan senjata, menyertai rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan yang disokong AS, berikrar untuk tidak terlibat dengan Al-Qaeda, yang didakwa menjadi dalang serangan 9/11 sebagai tindak balas kepada pencerobohan AS untuk gulingkan Taliban daripada berkuasa di Afghanistan pada 2001. – AFP, 3 Ogos, 2019.
Komen