WAKIL Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan pembangkang Juan Guaido “mengulangi keinginan mereka” untuk menyelesaikan krisis politik negara itu ketika rundingan di Barbados, kata pengantara dari Norway pada Jumaat.
Perwakilan itu tiba pada Rabu untuk rundingan ketiga di Barbados, yang pada asalnya bermula di Oslo Mei lalu.
Tiga minggu lalu, kedua-dua pihak berseuju untuk menubuhkan satu platform untuk rundingan yang berterusan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Norway, kedua-dua phak mengulangi kenyataan mereka untuk mencari persetujuan dan penyelesaian, untuk memfokuskan kepada kebajuan rakyat Venezuela.
Menteri Luar Norway Ine Eriksen Soreide menyifatkan ia sebagai berita positif namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Krisis politik mula melanda Venezuela sejak Januari apabila pemimpin pembangkang Juan Guaido mengumumkan dirinya sebagai pemangku presiden, yang menerima sokongan daripada lebih 50 negara lain.
Negara yang kaya dengan hasil minyak namun nilai matawangnya rendah itu mengalami kemelesetan sejak lima tahun lalu. Kekurangan bekalan makanan dan perubatan seringkali berlaku dan perkhidmatan awam juga dilihat gagal.
Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, suku daripada 30 juta penduduk Venezuela memerlukan bantuan yang mana hampir 3.3 juta penduduk negara itu telah meninggalkan negara berkenaan sejak kemelesetan bermula pada 2016. – AFP, 3 Ogos, 2019.
Komen