Indonesia batal amaran tsunami


Gempa sekuat 6.9 berpusat 52.8 km, 150 km dari Labuan, barat daya Jakarta, lapor Kajian Geologikal AS (USGS). – Gambar AFP, 2 Ogos, 2019.

PIHAK berkuasa Indonesia membatalkan amaran tsunami dikeluarkan petang tadi selepas gempa kuat melanda pesisir Kepulauan Jawa.

Gempa sekuat 6.9 berpusat 52.8 km, 150 km dari Labuan, barat daya Jakarta, lapor Kajian Geologikal AS (USGS).

Penduduk yang panik bertempiaran melarikan diri ketika gempa melanda, tetapi tiada laporan kecederaan atau kematian dibuat.

Gambar kawasan terjejas menunjukkan dinding retak kerana gempa.

USGS pada mulanya meletakkan gempa sekuat 6.8 sebelum menaikkannya.

Agensi bencana Indonesia pula melaporkan gempa itu berukuran 7.4 dan memberi amaran tsunami setinggi 3 meter boleh berlaku. Amaran itu dibatalkan tiga jam kemudian.

“Amaran awal tsunami sudah berakhir,” kata Jabatan Meteorologi Indonesia dalam satu kenyataan ringkas. – AFP, 2 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen