Kekurangan pakar antara cabaran tangani penyakit mental


Ragananthini Vethasalam

Pada masa kini, nisbah pakar psikatari berbanding jumlah penduduk adalah satu kepada 100,000 orang, sementara nisbah pakar psikologi klinikal kepada populasi adalah 0.2 kepada 100,000 orang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2019.

MALAYSIA berdepan kekurangan pakar psikiatari dan psikologi klinikal untuk merawat penyakit mental, menurut Unit Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan.

Kementerian kini sedang berusaha menangani masalah itu, dan pada masa turut berhubungan dengan syarikat insurans untuk menyediakan pakej perlindungan penyakit mental.

Semua ini berlaku ketika kerajaan sedang bersiap sedia mendedahkan pelan tindakan kebangsaan mengenai kesihatan mental dijadualkan pada September. Ia akan menggariskan strategi menyeluruh kerajaan untuk menangani peningkatan kes kemurungan dan keresahan dalam kalangan rakyat.

Pelan itu akan menggariskan program dan dasar bermula pada 2019 sehingga 2025 dan mensasarkan masalah kesihatan mental yang biasa berlaku seperti keresahan, kemurungan dan tekanan jiwa, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pada masa kini, nisbah pakar psikatari berbanding jumlah penduduk adalah satu kepada 100,000 orang, sementara nisbah pakar psikologi klinikal kepada populasi adalah 0.2 kepada 100,000 orang.

Terdapat 61 buah hospital kerajaan dan empat institusi penyakit mental di seluruh negara yang menyediakan rawatan pakar psikatari, rawatan susulan dan perkhidmatan pemulihan.

Selain itu, terdapat 1,001 klinik kesihatan integrasi penjagaan utama yang menyediakan saringan kesihatan mental dan rawatan susulan.

“Umumnya, wujud kekurangan tenaga kerja pakar dalam kesihatan mental,” kata jurucakap Unit Kesihatan Mental kepada The Malaysian Insight.

Disebabkan itu, kementerian sedang merancang dan melaksana usaha terbaru untuk menangani masalah itu.

Langkah itu termasuklah meningkatkan slot tajaan kerajaan untuk latihan pakar seperti latihan sub kepakaran psikatari dan latihan kepakaran untuk psikologi klinikal. – 3 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen