SB sejenis daulah terpendam, kata ahli akademik


Chan Kok Leong

Kajian daulah terpendam perlu dibuat, kata Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 Ogos, 2019.

LEBIH banyak kajian perlu dilakukan untuk menilai kesan daulah terpendam di Malaysia, kata seorang ahli akademik.

“Diakui yang British mencipta pasukan khas, yang kemudian menjadi Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia untuk melawan komunis, wujud juga daulah terpendam bentuk lain,” kata Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada sebuah forum di Bangi hari ini.

“Entiti daulah terpendam lain boleh berasal dari empayar perniagaan, perkhidmatan awam atau bentuk lain kumpulan institusi,” kata ahli akademik Institut Kajian Etnik itu.

Jelasnya, untuk memahami kesan daulah terpendam di Malaysia, pengkaji perlu melakukan kajian bidang ini.

“Satu cara untuk buat begini adalah menembual pesara penjawat awam dan bekas tahanan politik.”

Kartini adalah salah seorang ahli panel di forum bertajuk “Analisis Politik  Malaysia Semasa” berlangsung di Bangi hari ini. Panel lain ialah Prof Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin (UKM) dan Prof Dr Sivamurugan Pandian (USM).

Di Malaysia, Kartini berkata Cawangan Khas (SB) polis adalah salah organisasi yang boleh dianggap daulah terpendam.

Walaupun ia diwujudkan untuk menentang komunis, ia kemudian digunakan sebagai alat politik untuk mempertahankan kedudukan ahli politik tertentu, katanya.

“SB digunakan kerajaan pada 1980-an dan mengawal negara menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri.”

Memetik dakwaan aktivis Kua Kia Soong, Kartini berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga pernah menggunakan SB untuk kepentingan politik apabila menyimpan fail khas menteri Kabinet.

“Bergerak ke hadapan, wajarkah Malaysia terus dipergunakan daulah terpendam ini seperti pada Operasi Lalang (1987) atau seperti didakwa Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkaitan kegagalan Statut Rom (diratifikasikan),” soal Kartini lagi. – 2 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen