Doktor Hungary pisahkan pasangan kembar siam bercantum kepala


Kembar berusia tiga tahun itu, dinamakan sebagai Rabeya dan Rukaya, lahir dalam keadaan kepala mereka bercantum dan ia hanya berlaku sekali dalam setiap enam juta kelahiran. – Gambar AFP, 2 Ogos, 2019.

SEPASUKAN 35 pakar bedah Hungary berjaya memisahkan sepasang kembar siam Bangladesh yang tercantum kepalanya selepas menjalani pembedahan selama 30 jam.

Kembar berusia tiga tahun itu, dinamakan sebagai Rabeya dan Rukaya, lahir dalam keadaan kepala mereka bercantum dan ia hanya berlaku sekali dalam setiap enam juta kelahiran.

Pakar bedah Andras Csokay berkata keadaan pasangan kembar siam itu stabil dan kini dalam proses pemulihan.

Bapa kembar siam itu, Rafiqul Islam turut melahirkan rasa lega dan gembira atas kejayaan itu.

“Doktor berjaya memisahkan anak saya. Saya menyaksikannya sendiri. Keadaan mereka bai,” kata Islam.

“Saya berharap kedua-dua anak perempuan saya ini akan pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan normal.”

Sebelum pembedahan, doktor hanya memberi peluang 50% untuk kedua-dua kembar itu terselamat. – AFP,  2 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen