PRESIDEN Korea Selatan Moon Jae-in mengecam keputusan Jepun untuk mengeluarkan Seoul dari senarai rakan dagangan, dan menyifatkan langkah itu sebagai tindakan melulu.
Jae-in mengancam untuk mengambil tindak balas dan mendakwa tindakan Jepun itu akan menjejaskan ekonomi dunia dengan mengganggu rantaian bekalan global.
“Jepun patut menarik balik tindakan sehala dan tidak adil ini secepat mungkin serta mengadakan dialog,” kata Jae-in.
“Apa yang akan berlaku seterusnya akan menjadi tanggungjawab Jepun.”
Kedua-dua negara itu mengamalkan pemerintahan demokrasi, pasaran ekonomi dan sekutu Amerika Syarikat (AS) selain berdepan ancaman dari Korea Utara dan China.
Namun hubungan Seoul dan Tokyo sentiasa renggang ekoran perbalahan kawasan dan sejarah penjajahan Jepun di Korea Selatan pada pertengahan abad ke-20.
Jae-in berkata Seoul akan bertindak secara berperingkat terhadap jirannya itu yang merupakan rakan dagangan utama dengan melibatkan urusan perniagaan berjumlah AS$85 bilion dolar pada tahun lalu.
“Walaupun Jepun merupakan kuasa ekonomi, kita akan bertindak balas jika tindakan Tokyo memberi kesan kepada ekonomi kita,” katanya. – AFP, 2 Ogos, 2019.
Komen