SEORANG pemimpin mestilah jujur dan mempunyai integriti, dan ia bukannya sesuatu yang sukar, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada pemimpin pelajar dalam simposium di Shah, Alam, Selangor hari ini.
Bercakap di Simposium Kepimpinan Mahasiswa Universiti ke-10 (USLS), perdana menteri berkata seorang pemimpin yang tidak bersikap jujur dan mempunyai integriti akan menjadi korup.
“Ia bukannya susah, ia adalah nilai asas. Pertama, pemimpin mesti mempunyai integriti dan kejujuran kerana tanpanya, pemimpin akan menjadi korup dan tidak boleh dipercayai.
“Seterusnya, pemimpin mesti bersedia bekerja keras dan menghargai tugasnya.
“Seorang pemimpin mesti dahagakan ilmu pengetahuan dan menyedari perubahan di sekelilingnya,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga berkata bersikap merendah diri tidak menjadikan seseorang pemimpin lemah tetapi membolehkannya lebih hampir dengan rakyat.
“Ia membawa anda lebih dekat dengan mereka yang menyokong anda dan menjadikan anda pemimpin yang lebih baik.
“Jika seorang pemimpin hilang sentuhan dengan rakyat dan penyokong, dia berhentilah menjadi pemimpin.”
Sering digelar sebagai diktator semasa kali pertama menjadi perdana menteri di bawah Barisan Nasional, Dr Mahathir berkata bersikap egoistik juga akan membuat seseorang pemimpin tidak mampu menerima kritikan dan perbezaan pendapat. – 2 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini
Komen