PENGASAS parti pro-kemerdekaan Hong Kong yang diharamkan kerajaan ditahan dalam satu serbuan semalam, kata sumber polis.
Polis turut menemui beberapa senjata dan bahan peledak ketika serbuan.
Dalam satu kenyataan polis berkata berkata empat individu termasuk seorang wanita ditahan di sebuah bangunan industri di daerah Sha Tin petang semalam atas tuduhan memiliki senjata tanpa lesen.
Kenyataan itu tidak menyebut identiti individu yang ditahan tetapi sumber polis berkata antaranya adalah bekas pengasas Parti Kebangsaan Hong Kong, Andy Chan.
Parti yang diasaskan Chan itu diharamkan tahun lepas atas alasan mengancam keselamatan negara. Ia merupakan pengharaman pertama ke atas parti politik sejak Hong Kong kembali kepada China pada 1997. – AFP, 2 Ogos, 2019.
Komen