DUA orang cedera dalam beberapa letupan kecil di Bangkok hari ini, kata polis.
Kejadian berlaku ketika Bangkok menjadi tuan rumah sidang kemuncak serantau yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo.
“Dua wanita cedera dalam satu letupan di pinggir bandar,” kata jurucakap Pusat Kecemasan Perubatan Erawan.
Pihak polis belum mengesahkan punca kejadian.
Sementara itu kerajaan Thailand mengesahkan kejadian dan menggesa orang ramai supaya tidak panik.
Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha mengarahkan tahap keselamatan ditingkatkan dan siasatan segera dijalankan.
“Kawalan keselamatan sudah ditingkatkan. Orang raami dinasihatkan jangan panik,” kata jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat. – AFP, 2 Ogos, 2019.
Komen