Kanada akan wujud kawasan lindung marin di Artik


Beruang kutub antara hidupan yang terancam di Artik, kata Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2019.

KANADA akan mewujudkan kawasan lindung marin di rantau Atrik di negara itu, umum Perdana Menteri Justin Trudeau semalam.

Pelbagai hidupan laut di pantai Pulau Baffin di kepulauan Artik di timur laut Kanada terancam akibat pencairan glasier dan lalu lintas maritim.

“Populasi paus beluga, narwhal, walrus, anjing laut, beruang kutub dan beribu lagi jenis hidupan yang bergantung kepada ais kini terpaksa berhijrah, semakin berkurang jumlahnya malah ada yang semakin pupus,” kata Trudeau semasa mengadakan lawatan ke Iqaluit di wilayah timur Nunavut.

“Bagi masyarakat Inuit yang bergantung kepada aktiviti memburu, perubahan cuaca menjejaskan kehidupan dan sumber makanan mereka.”

Tambah beliau, kawasan yang dilindungi itu kelak akan membantu kerajaan Kanada mencapai matlamat untuk melindungi 10% kawasan marin dan pesisir pantai pada 2020. – AFP, 2 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen