Penyanyi rap terima AS$2.7 juta selepas Katy Perry ciplak lagu


Juri semalam sebulat suara memutuskan Katy Perry menciplak lagu penyanyi rap gospel Marcus Gray atau Flame. – Gambar AFP, 2 Ogos, 2019.

PENYANYI rap gospel Amerika Syarikat (AS) Marcus Gray atau Flame menerima ganti rugi AS$2.7 juta selepas mahkamah memutuskan lagunya diciplak oleh penyanyi Katy Perry.

Mahkamah pula memerintahkan Perry membayar lebih AS$550,000 kepada Gray selepas juri mendapati rentak lagunya, “Dark Horse” yang diterbitkan pada 2013 diciplak dari lagu “Joyful Noise”.

Perry ketika perbicaraan minggu lalu berkata beliau tidak pernah mendengar lagu rap Flame itu.

Peguam Gray menuntut ganti rugi sekitar AS$20 juta.

“Defendan membuat untunga berjuta-juta dolar dengan menciplak lagu plaintif,” kata peguam Gray, Michael Kahn.

Semasa perbicaraan, peguam Perry berhujah bahawa rentak dasar kedua-dua lagu adalah biasa dan terlalu umum maka ia tidak boleh dikatakan melanggar hak cipta.

Bagaimanapun, peguam Gray dalam hujah balasnya berkata defendan menciplak bahagian paling penting dalam lagunya.

Syarikat rakaman Perry, Capitol Records diarahkan membayar ganti rugi AS$1.2 juta. 

Perry menyanyikan “Dark Horse” pada acara Super Bowl 2015, manakala “Joyful Noise” ditonton sebanyak 3 juta kali di YouTube.

Gray mula memfailkan saman terhadap Perry pada 2014. – AFP, 2 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen