Gunung berapi Kerinci di Indonesia meletus 


Gunung berapi Kerinci menghamburkan abu dan asap setinggi 800 meter dari puncak gunung atau 4,605 ​​meter di atas permukaan laut. – Gambar Youtube, 1 Ogos, 2019.

GUNUNG berapi Kerinci di Jambi di pulau Sumatra, Indonesia meletus pada Rabu petang.

Susulan itu pihak berkuasa menasihati syarikat penerbangan mengelakkan kawasan berkenaan, lapor media tempatan.

Menurut ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia, Kasbani, gunung berapi itu menghamburkan abu dan asap setinggi 800 meter dari puncak gunung atau 4,605 ​​meter di atas permukaan laut.

Letusan seterusnya dijangka boleh menjejaskan operasi penerbangan di kawasan berkenaan.

Agensi berita Indonesia Antara melaporkan pada masa ini, letusan itu tidak memberikan ancaman kepada penduduk di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengklasifikasikan letusan di peringkat 11 (berjaga-jaga) dan memberi amaran kepada penduduk serta pelancong untuk berada sekurang-kurangnya 3 kilometer dari kawah gunung berapi. – Bernama, 1 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen