Jepun sambung semula operasi jet F-35A


Operasi jet pejuang F-35A sebelum ini digantung berikutan nahas yang mengorbankan juruterbang tentera udara Jepun pada April lalu. – Gambar EPA, 1 Ogos, 2019.

JEPUN menyambung semula operasi jet pejuang F-35A, yang sebelum ini digantung berikutan nahas maut pada April lalu, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Khamis.

Kementerian Pertahanan berkata penggantungan dibuat susulan nahas  di Lautan Pasifik di wilayah Aomori, ketika pesawat menjalani sesi latihan pada 9 April yang meragut nyawa juruterbang Mejar Akinori Hosomi.

“Pihak kami telah mengambil langkah pengurusan keselamatan menyeluruh,” kata agensi berita Kyodo Jepun memetik Menteri Pertahanan Takeshi Iwaya.

Menurut agensi berita itu, Kementerian Pertahanan mendapati nahas “kemungkinan akibat juruterbang mengalami vertigo”.

Angkatan Tentera Udara telah “mendapat persetujuan daripada ketua kerajaan tempatan di kawasan timur laut Jepun untuk membolehkan pesawat itu beroperasi semula.”

September tahun lepas sebuah jet F-35B Amerika Syarikat terhempas di Beaufort, selatan Carolina. – Bernama, 1 Ogos, 2019.
      


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen