Mahkamah Persekutuan Jerman haramkan puisi anti-Erdogan 


Pelawak Jan Bohmermann mencetuskan kekecohan pada 2016 dengan puisi kontroversinya dan bersifat perkauman yang menerima kritikan meluas.– Gambar Youtube, 1 Ogos, 2019.

MAHKAMAH Persekutuan Jerman mengeluarkan perintah mengharamkan puisi yang dikatakan menyindir Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, lapor agensi berita Anadolu.

Mahkamah itu pada Rabu menolak rayuan pelawak Jan Bohmermann dan mempertahankan keputusan terdahulu yang dikeluarkan mahkamah tempatan di Hamburg.

Bohmermann mencetuskan kekecohan pada 2016 dengan puisi kontroversinya dan bersifat perkauman yang menerima kritikan meluas.

Peguam Erdogan kemudian memfailkan aduan terhadap pelawak itu.

Mahkamah di Hamburg pada 2017 memutuskan terdapat banyak ayat dalam puisi itu yang menyentuh peribadi Presiden Turki.

Walaupun terdapat kebebasan untuk berkarya dan bersuara, mahkamah mendapati sebahagian ayat yang digunakan melampaui batas ditetapkan.

Menurut Mahkamah Perlembagaan Persekutuan, meskipun kebebasan berkarya adalah tanpa syarat tetapi ia tidak perlu keterlaluan. – Bernama, 1 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen