Majlis Keselamatan PBB bincang ujian senjata Korea Utara


Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sendiri dikatakan menyelia ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan baru-baru ini. – Gambar EPA, 1 Ogos, 2019.

MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bertemu secara tertutup hari ini untuk membincangkan ujian peluru berpandu balistik dilakukan Korea Utara baru-baru ini, kata diplomat.

Britain, Perancis dan Jerman memohon perbincangan diadakan susulan kebimbangan Pyongyang sedang membangunkan senjata jarak jauh yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik pada Rabu, kata Seoul, beberapa hari selepas pelancaran serupa dilakukan di mana Korea Utara menyifatkan tindakannya itu sebagai amaran kepada Korea Selatan menghentikan latihan eksais tentera bersepadu dengan Amerika Syarikat.

Korea Utara diharamkan daripada melancarkan peluru berpandu di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB tetapi ia tindakan kedua dalam tempoh seminggu, walaupun pemimpin Kim Jong Un dan Presiden Donald Trump baru saja berlangsung bulan lalu.

Pyongyang dan Washington terbabit dalam rundingan diplomatik berhubung program senjata dan nuklear Korea Utara.

Mereka bersetuju untuk menyambung rundingan secara tidak dirancang di zon tanpa tentera, tetapi dialog di peringkat kerja belum lagi bermula. – AFP, 1 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen