Pusingan kedua debat pilihan raya presiden AS bermula 


Calon Demokrat Senator Bernie Sanders dari Vermont akan berkongsi pentas perdebatan bersama dengan lapan pencabar lain. – Gambar EPA, 31 Julai, 2019.

PUSINGAN kedua perdebatan sempena pilihan raya presiden Amerika Syarikat bermula pada Selasa di Detroit, Michigan, lapor agensi berita Xinhua.

Dua calon Demokrat, Senator Bernie Sanders dari Vermont dan Senator Elizabeth Warren dari Massachusetts, berkongsi pentas perdebatan bersama dengan lapan pencabar lain.

Mereka dijangka mengetengahkan isu seperti penjagaan kesihatan, imigresen, keganasan senjata api dan ekonomi.

Satu lagi perdebatan akan diadakan pada Rabu malam, dijadual dihadiri sepuluh lagi calon Demokrat, termasuk bekas naib presiden AS Joe Biden.  – Bernama, 31 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen