4 maut ditembak lelaki bersenjata di Filipina


EMPAT lelaki maut dalam insiden tembakan di Bula, Filipina pada Selasa malam, lapor agensi berita Xinhua.

Ketika kejadian mangsa sedang berehat sambil menikmati minuman sebelum diserang dua lelaki bersenjata di Fabrica, sebuah perkampungan di wilayah Camarines Sur, selatan Manila, kira-kira pukul 8.20 malam waktu tempatan, menurut polis tempatan.

Polis turut menemui kerongsong peluru kaliber 45 dan 9mm di tempat kejadian.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan dan memburu suspek kejadian. – Bernama, 31 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen