34 penumpang bas maut, bom buatan sendiri meletup


Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh akibat bom buatan sendiri meletup di tepi sebatang jalan di wilayah Farah barat Afghanistan bersempadan dengan Iran pagi ini. – Gambar EPA, 31 Julai, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 34 orang terbunuh akibat bom buatan sendiri meletup di tepi sebatang jalan di wilayah Farah barat Afghanistan bersempadan dengan Iran pagi ini, agensi berita Anadolu Agency memetik seorang pegawai.

Kejadian berlaku selepas sebuah bas penumpang dari wilayah Herat melalui jalan di mana bom itu ditanam, menyebabkan berlaku letupan kira-kira 8 pagi (0330GMT), turut mencederakan 17 lagi orang, kata jurucakap ibu pejabat polis Farah, Muhib Muhib. 

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. Wilayah berkenaan telah menyaksikan peningkatan pemberontakan Taliban bandar itu dikuasai militan.

Polis mendakwa Taliban bertanggungjawab melakukan serangan itu. Serangan berlaku beberapa hari selepas  kempen pilihan raya presiden bermula. 

Semalam, Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) berkata pada separuh pertama 2019, misi itu telah merekodkan sejumlah 3,812 kes terdiri (1,366 kematian dan 2,446 cedera) membabitkan orang awam.  

Daripada jumlah keseluruhan itu 28 peratus korban disebabkan bom buatan sendiri. – Bernama, 31 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen