BEKAS pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu berkata, dia memasukkan RM55,000 kepada salah satu akaun semasa Najib Razak pada 2014 bagi mengelakkan cek ditendang.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Harvinderjit Singh hari ini Yu berkata dia melakukannya selepas gagal menghubungi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dan rakannya Kee Kok Thiam pada 29 September 2014 untuk menyelesaikan defisit dalam akaun Najib yang berakhir dengan 906.
Yu berkata beliau terpaksa memastikan cek yang ditulis tidak ditendang kerana ia adalah perdana menteri.
Harvinderjit menjawab dengan mengatakan bahawa Low tidak pernah memberitahunya itu adalah akaun perdana menteri.
Yu juga bersetuju dengan perbalahan peguam pertahanan bahawa sejumlah RM12.7 juta masuk ke akaun antara Jun 2014 dan Mac 2015.
Pada 29 September 2014 akaun tersebut telah melebihi had pengeluaran sebanyak RM55,000 untuk cek RM80,000.
Yu telah cuba menghubungi Low pada hari berkenaan tetapi tidak berjaya kerana dia berada di dalam pesawat pada waktu itu.
Beliau berkata, dia berjaya mendapatkan setiausaha Low yang dikenali sebaga Josie yang berada di Pulau Pinang.
Yu memberitahu Josie bahawa dia sebelum ini diberitahu oleh Low untuk berhubung dengan Kee berkenaan wang tersebut. Tetapi Kee yang berada di Melaka tidak dapat dihubungi pada hari berkenaan.
Menurut log perbualan dengan Josie, Yu berkata dia mungkin perlu menggunakan duitnya terlebih dahulu.
Yu bersetuju dengan cadangan Harvinderjit yang dia dibayar semula pada hari berikutnya oleh Josie.
Harvinderjit memberitahu mahkamah bahawa akaun 906 telah melebihi had pengeluaran sebanyak 19 kali pada 2014 dan 2015.
Harvinderjit kemudiannya mencadangkan deposit tunai “banyak kali” dibuat pada hari sama Yu memberitahu Low dan rakan-rakannya bahawa akaun Najib telah melebihi had pengeluaran. – 31 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen