2 maut insiden tembakan di Mississippi


Dua pekerja Walmart maut dan seorang pegawai polis cedera dalam insiden tembakan pada pagi Selasa. – Gambar EPA, 31 Julai, 2019.

DUA orang terbunuh manakala seorang pegawai polis cedera dalam insiden tembakan di sebuah Walmart di Southaven di tenggara Mississippi, Amerika Syarikat pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian berlaku antara 6.30 pagi (1130 GMT) dan 6.40 pagi (1140 GMT) waktu tempatan, menurut polis tempatan.

Kedua-dua mangsa yang maut dipercayai pekerja kedai terbabit. Suspek turut cedera ditembak anggota polis dan dihantar ke hospital tempatan.

Southaven, sebuah bandar dihuni kira-kira 49,000 penduduk, terletak berhampiran sempadan Mississippi-Tennessee. – Bernama, 31 Julai, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen