28 terbunuh bas terkena bom Taliban di Afghanistan


Berpuluh-puluh penumpang terbunuh di barat Afghanistan awal hari ini apabila bas yang mereka naiki dibom ketika sedang melalui lebuh raya. – Gambar fail EPA, 31 Julai, 2019.

BERPULUH-PULUH penumpang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh di barat Afghanistan awal hari ini apabila bas yang mereka naiki dibom ketika sedang bergerak, kata pihak berkuasa.

“Sebuah bas penumpang dalam perjalanan di lebuh raya Kandahar-Herat terkena bom Taliban di tepi jalan. Setakat ini 28 terbunuh dan 10 cedera,” kata jurucakap wilayah Farah, Muhibullah Muhib.

Katanya, semua yang terbunuh orang awam, kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

Farooq Barakzai, jurucakap untuk gabenor Farah, mengesahkan jumlah itu tetapi berkata ia mungkin meningkat.

Tiada pengesahan daripada Taliban setakat ini, mereka bertanggungjawab dalam serangan itu.

Insiden itu sehari selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata orang awam terbunuh dan cedera pada peringkat “mengejutkan” dalam perang Afghanistan, walaupun desakan dibuat untuk mengakhiri konflik 18 tahun itu. – AFP, 31 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen