Macron, Rouhani bincang isu ketegangan Iran-AS


Presiden Perancis Emmanuel Macron semalam berbincang dengan rakan sejawatnya, Hassan Rouhani dan mengulangi gesaan supaya ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat reda. – Gambar fail AFP, 31 Julai, 2019.

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron semalam berbincang dengan rakan sejawatnya, Hassan Rouhani dan mengulangi gesaan supaya ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) reda, kata istana presiden, Elysee.

“Peranan Perancis ialah mengusahakan supaya semua pihak setuju mengadakan rundingan terbuka.”

Perjanjian 2015 mengenai program nuklear Iran mula goyah sejak Presiden AS Donald Trump mengumumkan Washington menarik diri tahun lalu dan mengenakan semula sekatan ke atas Iran.

Perancis, Britain dan Jerman terlibat dalam perjanjian tersebut.

Macron berbincang lama dengan Rouhani dan menegaskan ketegagan perlu diredakan, kata istana presiden.

Setakat ini, penasihat diplomatik Macron, Emmanuel Bonne sudah dua kali ke Tehran, menunjukkan kesungguhan Paris.

Presiden Rusia Vladimir Putin dijangka akan melawat Macron pada pertengahan Ogos menjelang sidang G7 di Biarritz, Perancis untuk membincangkan isu Iran. – AFP, 31 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen