PERBICARAAN kes SRC International melibatkan Najib Razak masuk hari ke-46 hari ini. Saksi ke-54 pihak pendakwa, bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu dipanggil lagi untuk beri keterangan.
Yu dijangka akan disoal balas pasukan pembelaan berkenaan hubungannya dengan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho. Minggu lepas, pasukan pembelaan cuba menunjukkan bahawa Low banyak mempengaruhi ke atas transaksi akaun Najib.
Pasukan peguam bela bekas perdana menteri itu dijangka akan menyoal balas Yu mengenai reaksi Low pada pertengahan 2015 apabila pihak berkuasa mula bertindak selepas Wall Street Journal mula menyiarkan beberapa siri artikel bagaimana berlaku penyelewengan dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bekas anak syarikatnya, SRC International.
Pasukan pembelaan berkata Low memanipulasi akaun Najib. Dengan bantuan dari beberapa individu lain, Low juga menipu SRC International, kata mereka.
Dua hari lalu, Yu menegaskan bahawa Low akan dirujuk setiap kali bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC International Nik Faisal Ariff Kamil tidak dapat dihubungi apabila berlaku pengeluaran lebih had pada akaun AmBank Najib.
Bagaimanapun, Yu tetap berkata hanya Nik Faisal yang boleh menandatangani arahan bertulis kepada bank memandangkan beliau adalah pemegang mandat akaun.
Yu juga bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa Najib mungkin menyangka RM42 juta yang masuk ke akaunnya pada Disember 2014 dan Februari 2015 adalah derma.
Pihak pembelaan berkata anggapan Najib itu mungkin bermula sejak transaksi berjumlah ratusan juta sebelum itu yang masuk ke akaun lain.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga menolak bantahan pihak pendakwaan yang berkata transaksi itu tidak relevan. Mereka berhujah bahawa traksasi tersebut termasuk dalam 25 pertuduhan berkaitan 1MDB yang dihadapi Najib dalam perbicaran lain.
Transaksi tersebut termasuk RM100 juta yang diterima melalui empat ansuran pada 2011 dan AS$681 juta yang diterima dari Tanore Finance Corp pada 2013. Kedua-dua transaksi dimasukkan ke akaun Najib yang kemudian ditutup pada 2013.
Yu mengesahkan AS$681 juta dari Tanore Finance Corp dimasukkan ke akaun Najib pada 2013. Tanore Finance Corp adalah firma yang akan menjadi tumpuan dalam perbicaraan kes 1MDB melibatkan Najib nanti. Yu juga bersetuju bahawa AS$620 juta diarahkan supaya dikembalikan semula kepada Tanore Finance Corp “akaun baharu”.
Pengurus AmBank R. Uma Devi pada April memberitahu mahkamah bahawa RM1.9 bilion dimasukkan ke akaun Najib yang berakhir dengan nombor “694” dari 2011 hingga 2013.
Sebahagian wang tersebut dikatakan derma dari Putera Faisal al Turki dan Kementerian Kewangan Arab Saudi. Dalam keterangannya, Uma berkata Bank Negara dimaklumkan mengenai tujuan transaksi.
Hari ini masuk hari ke-6 Yu memberi keterangan di mahkamah. Beliau secara konsisten berkata tidak melakukan sebarang transkasi melanggar undang-undang atas arahan Low atau Nik Faisal, juga tidak membantu Low menipu SRC International sebanyak jutaan ringgit.
Pertuduhan ke atas Najib berkaitan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International pada 2011 dan 2012 di mana beliau dituduh menerima RM42 juta yang dimasukkan ke akaunnya pada 2014 dan 2015.
Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.
Najib diwakili pasukan pembelaan yang diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah manakala Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwaan.
The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:
5.18pm: Mahkamah bersambung esok pada jam 9 pagi.
4.48pm: Harvinderjit bertanya kepada Yu sekiranya dia sedar bahawa berurusan dengan pihak ketiga yang bukan pemegang mandate adalah kesalahan jenayah. Dia berkata dia sedar tentang perkara itu.
Mengikut kenyataan terdahulu bahawa Nik Faisal secara rasminya adalah pemegang mandate.
Harvinderjit bertanya sama ada wujudnya peruntukan untuk membenarkan mandate lisan seperti Low. Dia berkata tidak.
4.44pm: Yu berkata, dia memberitahu Low untuk tidak mengeluarkan cek apabila akaun telah melebihi had pengeluaran tetapi Low berkata dia tidak dapat mengawal akaun dan cek yang ditulis.
4.43pm: Harvinderjit: Adakah anda masih mempertahankan bahawa Nik Faisal secara bebas memberi arahan kepada anda?
Yu: Saya takt ahu.
Harvinderjit: Jho Low memberitahu anda untuk memberitahu Nik apa yang hendak dikatakan.
Yu: Tetapi saya tak beritahu Nik apa yang hendak dikatakan.
4.10pm: Harvinderjit bertanya kepada Yu sekiranya dia bersetuju dengan penerangan bahawa Nik Faisal memahami dan mengikuti arahan daripada Low. Dia berkata mereka perlu menghantar emel kepada Low mengenai setiap transaksi.
2.42pm: Harvinderjit mencadangkan yang Yu “kurang beri kerjasama” dengan Nik Faisal dan Low pada Januari 2015 kerana amarannya mengenai kemungkinan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) dilanggar tidak diendahkan.
Yu setuju.
2.36pm: Pasukan pembelaan mula masuk bab deposit tunai ke akaun AmBank berakhir dengan nombor “880”.
1.04pm: Yu juga menasihatkan Low untuk tidak mengeluarkan sebarang cek tetapi masih menerima arahan daripada Najib.
1pm: Harvinderjit mencadangkan bahawa kerana mereka cuba mengekalkan akaun dari terlebih jumlah had wang, seseorang sepatutnya memberitahu Najib agar berhenti mengeluarkan cek.
Harvinderjit juga mencadangkan bahawa jika seseorang tahu baki akaun, maka cek akan dikeluarkan dalam jumlah baki.
Dia menyifatkan Najib tidak diberitahu tentang baki akaun. Yu berkata dia sepatutnya bertanya kepada seseorang mengenai baki berkenaan.
12.50pm: Joanna Yu mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dia harus memastikan bahawa cek yang ditulis tidak ditendang kerana ia cek perdana menteri.
Harvinderjit menegur dengan mengatakan bahawa Low tidak pernah memberitahunya bahawa ia adalah akaun perdana menteri.
12.30pm: Harvinderjit bertanya kepada Yu sekiranya dia telah membayar RM55,000 menggunakan wangnya sendiri kerana akaun “906” telah mengalami pengeluaran lebih had dan dia tidak dapat berhubung dengan sesiapa sahaja seperti Low atau setiausahanya Josie. Dia berkata, ia mungkin.
Harvinderjit bertanya kepadanya sama ada ini melanggar prosedur operasi standard, Yu bersetuju.
11.35am: Prosiding bersambung. Nazlan benarkan permohonan pembelaan untuk teruskan prosiding melepasi waktu tengah hari dan berhenti pada pukul 3 petang kerana mereka ada perbicaraan lain.
Harvinderjit teruskan pemeriksaan balas dengan Yu.
Peguam itu berkata soalan beliau seterusnya ialah untuk menunjukkan yang Low juga mengawal Putra Perdana Bhd.
Low kawal Putra Perdana, kata Yu.
11.04am: Yu minta Lee cepat sikit kerana “Bos” perlu jelaskan cek RM3.8 juta.
“Bos” merujuk kepada Low, dan Lee kata ia sedang diusahakan.
Pada pukul 4.58 petang hari itu, Lee berjaya pindahkan RM5 juta ke akaun bank Alliance Putra Perdana.
Mahkamah rehat 10 minit.
11am: Lee beritahu Yu beliau sedang mengusahakan wang itu.
Lee menyangkakan akaun memerlukan RM4 juta dan beritahu Yu beliau hanya ada RM3 juta dan masih tidak cukup RM1 juta.
Yu kata sebenarnya RM5 juta, bukan RM4 juta. Jerome cakap “Aiyo!”, kata Yu.

10.54am: Low minta Yu arahkan pengah di SRC International, Jerome Lee supaya jangan pindahkan RM5 juta dari Putra Perdana tetapi melalui akanun Maybank syarikat.
Low juga mengarahkan supaya jangan nyatakan nama Najib dalam transaksi.
10.51am: Pada 10 September 2014, RM5 juta dari syarikat pembinaan Putra Perdana Bhd dimasukkan ke akaun “906”. Sebelum transaksi, akaun alami pengelauran lebih had sebanyak RM4 juta.
Yu hantar mesej kepada setiausaha Jho Low, Josie dan bertanya jika boleh tambah RM3.8 juta.
Josie kata “tidak” kerana jumlah itu besar, Yu beritahu Josie beliau tidak dapat hubungi Jho Low.
Yu banyak kali hantar mesej kepada Low pagi itu.
Yu beritahu Low akaun melebihi had pengeluaran RM4.7 juta, tiada cukup wang dalam ketiga-tiga akaun. Beliau beritahu Low sebanyak RM3.8 juta diperlukan kerana ada cek RM5 juta untuk Umno.
Beliau maklumkan Low yang wang mesti masuk pada waktu tengah hari atau cek itu akan ditendang. Low membalas mesej Yu tengahri itu, beritahu beliau dalam penerbangan dan bertanya kepada Yu ke akaun manakah wang perlu dimasukkan.
Low beritahu Yu Putra Perdana akan masukkan RM5 juta.
“Datuk akan jawab”, kata Low. Harvinderjit cadangkan yang “Datuk” merujuk kepada Rosmah Mansor.
10.40am: Zahid keluar dari kamar mahkamah.
10.38am: Harvinderjit mencadangkan kepada Yu bahawa RM27 juta dari Permai Bina Raya adalah derma dan Jho Low arahkan wang itu dimasukkan ke akaun berakhir dengan “880”.
Yu setuju berdasarkan log perbualan dan transaksi Rentas, katanya.
10.33am: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Zahid untuk memindahkan kesnya berkaitan sistem visa asing ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
10.29am: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kelihatan di galeri awam.
Beliau duduk di belakang Najib dan berbual dengan bekas perdana menteri itu.
Zahid ada perbicaraan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.
9.43am: Harvinderjit menyemak log perbualan antara Yu dengan Jho Low mengenai akaun semasa Najib di AmBank.
9.22am: Perbicaran bermula dengan peguam bela, Harvinderjit Singh mula menyoal balas saksi, bekas pengurus perhubungan awam AmBank Joanna Yu masuk hari kelima. – 31 Julai, 2019.
Komen