Puluhan aktivis didakwa kerana merusuh di Hong Kong  


Polis Hong Kong menahan 44 orang dan kesemua mereka didakwa atas tuduhan merusuh dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu.– Gambar EPA, 30 Julai, 2019.

PULUHAN penunjuk perasaan di Hong Kong yang ditahan ketika bertempur dengan pihak polis baru-baru ini didakwa atas tuduhan merusuh—satu kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun.

Hong Kong berdepan perhimpunan besar-besaran selama tujuh minggu yang mana sebahagian daripadanya berakhir dengan keganasan. Tunjuk perasaan itu dicetuskan oleh rang undang-undang kontroversi yang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China.

Mereka kemudiannya menggesa pembaharuan demokrasi yang mencabar pentadbiran Beijing sejak ia mengambil alih bandaraya itu pada 1997.

Dua hujung minggu terahir menyaksikan keganasan memuncak apabila kedua-dua penunjuk perasaan dan polis saling membalas serangan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Malah kumpulan pro-kerajaan turut menyerang penunjuk perasaan menyebakan 45 orang menerima rawatan di hospital.

Dalam pertempuran Ahad lalu, sebanyak 49 tangkapan dibuat yang mana mereka yang dutahan terdiri daripada 32 lelaki, 17 wanita berusia antara 16 dan 41 tahun.

Polis pada Khamis berkata, 44 orang yang ditahan didakwa atas tuduhan merusuh dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu. Seorang lelaki turut didakwa kerana memiliki senjata yang dilarang manakala yang lain dibebaskan. – AFP, 30 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen