Adik pengebom Manchester dibicara pada November


Kenderaan yang membawa Hashim Abedi dilihat meninggalkan Mahkamah Majistret Westminster di London.– Gambar EPA, 30 Julai, 2019

ADIK kepada pengebom Manchester Salman Abedi akan dibicarakan pada November selepas diekstradisi dari Libya susuan serangan pada 2017 yang menyebabkan 22 orang terbunuh, menurut keputusan mahkamah hari ini.

Hashem Abedi, 22, didakwa membeli bahan kimia untuk membuat bom dan membuat tiub peledak untuk digunakan pada peralatan berkenaan, dan juga membantu membeli kereta untuk menyimpan komponen berkenaan.

Beliau akan dibicarakan di mahkamah jenayah Old Bailey bermula 5 November, kata hakim Nigel Sweeney.

Salman Abedi mencetuskan bahan letupannya di luar konsert Ariana Grande pada 22 Mei, 2017 yang menyebabkan ramai ibu bapa dan peminat penyanyi itu terbunuh.

Adiknya, Hashim Abedi meninggalkan negara berkenaan untuk ke Libya sebelum serangan itu berlaku.

Beliau ditahan di Libya beberapa hari selepas pengeboman itu namun hanya diekstradisi kembali ke Britain pada awal bulan ini.

Libya berdepan pergolakan sejak penggulingan dan pembunuhan Muammar Gadafi pada 2011.

Keluarga Abedi yang berasal dari Libya bertindak lari ke Britain ketika era pemerintahan diktator, namun adik beradik berkenaan kembali ke negara itu bersama bapanya ketika kebangkitan bermula. – AFP, 30 Julai, 2019
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen