SEORANG pembunuh bersiri yang membunuh enam orang dan merogol 10 wanita dan dua kanak-kanak perempuan termasuk berusia 12 tahun dijatuhi hukuman mati hari ini, menurut mahkamah tertinggi China.
Zhao Zhihong, 47, yang dikenali dengan jolongan “pembunuh tersenyum” dijatuhi hukuman mati di Mongolia pada 2015 kerana melakukan jenayah di wilayah utara antara 1996 dan 2005.
Dia mencekik kebanyakan mangsa dengan tangannya tetapi membunuh seorang mangsa dengan menggunakan wayar telefon.
“Kejahatan yang dilakukannya amat mengerikan,” kata Mahkamah Agung.
Wartawan China yang bertemu Zhao menggelarnya sebagai “pembunuh tersenyum” kerana sikapnya yang tidak dapat disangkal.
Zhao ditangkap pada 2005 dan mengaku bersalah termasuk merogol pada 1996 sehingga menyebabkan seorang wanita maut di tandas sebuah kilang tekstil di Hohhot, ibu negara Mongolia. – AFP, 30 Julai, 2019.
Komen