Sophie, robot menghidang laksa


Robot yang diberi nama Sophie itu mampu menyediakan laksa dalam tempoh hanya 45 saat. – Gambar AFP, 30 Julai, 2019.

SEBUAH syarikat kejuruteraan Singapura berjaya mencipta sebuah robot yang mampu menyediakan semangkuk laksa dalam tempoh hanya 45 saat.

Robot yang diberi nama Sophie itu melakukan proses biasa menyediakan laksa - mencelur laksa, meletak udang dan bahan lain serta mencedok kuah ke dalam mangkuk. Dalam tempoh sejam, Sophie boleh menyiapkan kira-kira 80 mangkuk laksa.

“Menakjubkan! Boleh dikatakan tiada beza penyediaan oleh robot dan manusia,” kata Paul Young, salah seorang tetamu pada majlis pelancaran oleh Orang Clove, syarikat yang mencipta robot itu bersama sebuah syarikat kejuruteraan tempatan.

Sophie akan melakukan kerja dua chef pada satu masa, kata penolong pengarah jualan, Tan Tun Lim.

Menurut Tan, syarikat mencipta robot menghidang laksa kerana makanan itu merupakan antara hidangan yang cukup popular di Singapura. Syarikat itu sedang menyesuaikan rekaan mereka itu untuk mencipta robot yang boleh menghidang makanan bergoreng dan mi udang. – AFP, 30 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen