SEORANG askar Afghanistan bertanggungjawab atas pembunuhan dua tentera Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai kepada AFP hari ini.
Tentera AS semalam berkata, dua tenteranya terbunuh dalam satu pertarungan di Afghanistan tetapi tidak memberikan butiran tambahan.
Timbalan Ketua Polis di wilayah Kandahar di selatan Afghanistan Mohamad Qasam berkata, serangan itu berlaku di pangkalan tentera Afghanistan semasa lawatan pasukan AS.
“Dari maklumat awal, dua tentera AS didapati terbunuh dan seorang lagi cedera,” katanya.
Dalam satu kenyataan kepada AFP jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata, seorang askar Afghanistan telah membunuh kedua-dua tentera berkenaan.
“Seorang askar Afghanistan melepaskan tembakan ke arah mereka,” katanya.
Jurucakap gabenor Kandahar Bahir Ahmadi berkata, kejadian berlaku di pangkalang tentera Afghanistan.
Pada 17 Julai, seorang tentera Afghanistan menembak dan membunuh seorang kolonel tentera Afghanistan yang berpengaruh ketika sedang menjalankan pemeriksaan keselamatan di wilayah Ghazni.
Taliban mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu.
Seorang orang dalam merupakan ancaman sering berlaku di Afghanistan untuk pasukan antarabangsa dan Afghanistan. – AFP, 30 Julai, 2019.
Komen