PEGAWAI keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS) semalam merampas pelancar peluru yang ditemui dalam beg seorang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore/Washington.
Penumpang lelaki dari Texas itu mendakwa pelancar itu hadiah dari Kuwait.
Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) dalam satu kenyataan berkata lelaki dari Jacksonville, Texas itu memberitahu pegawai yang dia adalah anggota tentera yang masih berkhidmat.
“Nasib baiklah ia bukan peranti hidup. Ia sudah dirampas dan diserahkan kepada pasukan bomba untuk dimusnahkan. Lelaki itu dibenarkan meneruskan penerbangan,” kata TSA.
Kenyataan itu turut menyertakan imej yang kelihatan seperti pelancar untuk peluru berpandu Griffin. – AFP, 30 Julai, 2019.
Komen