52 tahanan maut dalam rusuhan penjara Brazil


SEKURANG-kurangnya 52 tahanan mati dalam kejadian rusuhan penjara di utara Brazil semalam, 16 daripada mereka mati dipenggal. 

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan, kata pegawai di jabatan penjara Para.

Dua orang pengawal penjara dijadikan tebusan sepanjang rusuhan yang berlangsung sehingga tengah hari dan kemudian dibebaskan.

Rakaman yang disiarkan di stesen televisyen Brazil menunjukkan asap tebal memenuhi penjara, memaksa tahanan duduk di atas bumbung.

Menurut pegawai kerajaan, kebanyakan tahanan mati akibat terhidu asap tebal.

Jabatan penjara berkata tiada senjata api ditemui di tempat kejadian, hanya objek yang diubahsuai menjadi pisau digunakan dalam rusuhan.

Kementerian Keselamatan Awam Brazil berkata ketua-ketua kumpulan yang terlibat dalam rusuhan itu akan dipindahkan ke pernjara persekutuan.

Kira-kira 311 tahanan ditahan di penjara itu. – AFP, 30 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen