Kes Neymar dituduh merogol ditutup


Polis Brazil henti siasatan kes rogol terhadap bintang bola sepak Neymar susulan ketiadaan bukti, kata Pejabat Peguam Negara Sao Paulo. – Gambar AFP, 30 Julai, 2019.

POLIS Brazil menghentikan siasatan kes rogol terhadap bintang bola sepak Neymar susulan ketiadaan bukti, kata Pejabat Peguam Negara Sao Paulo.

Keputusan polis itu akan dihantar ke pejabat pendakwa raya hari ini, yang diperuntukkan 15 hari untuk menilai kes itu, kata jurucakap Pejabat Peguam Negara.

Keputusan akhir kes itu akan dibuat oleh hakim.

Jurucakap berkata Naymar tidak akan mengulas keputusan polis.

Polis Sao Paulo dijangka mengadakan sidang akhbar hari ini.

Neymar berulang kali menafikan tuduhan beliau merogol seorang wanita Brazil di sebuah hotel di Paris pada Mei.

Skandal itu yang mendapat liputan meluas di negara yang gilakan bola sepak itu selama berminggu-minggu, hingga membayangi berita tentang persediaan Brazil dalam pertandingan Copa America.

Brazil sebagai tuan rumah menang perlawanan awal bulan ini tanpa pemain hebat mereka yang cedera dalam perlawanan persahabatan sebelum pembukaan.

Skandal itu meletus pada 2 Jun apabila Neymar menyiarkan sebuah video berdurasi tujuh minit di akaun Instagram, di mana beliau kami pertama berhubung dengan Najila Trindade, mendedahkan beliau dituduh merogol.

Dalam cubaan mempertahankan dirinya, video Neymar itu dilengkapi dengan mesej dan imej Trindade daripada aplikasi WhatsApp, tanpa kebenaran wanita itu, dan itu mungkin melanggar undang-undang Brazil.

Dram itu berlanjutan. Sedutan temu bual televisyen dengan Trindade, di mana beliau menuduh Neymar melakukan keganasan dan rogol, disiarkan sejam sebelum Neymar masuk ke padang untuk perlawanan pra Copa antara Brazil dan Qatar.

Neymar cedera di buku lali kanan pada minit ke-20, menyebabkan dia keluar dari perlawanan itu.

Dalam tempoh beberapa minggu selepas itu, Neymar disoal siasat polis berkenaan mesej WhatsApp itu.

Beliau juga tampil di balai polis Sao Paulo, di mana Trindade membuat laporan polis pada hujung Mei.

Ketika kes itu masih berlanjutan, polis memfailkan saman fitnah terhadap Trindade – yang beberapa kali peguam menarik diri daripada mengendalikan kesnya – selepas beliau menuduh pihak berkuasa rasuah. – AFP, 30 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen