SERAMAI 15 orang terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan perumahan di bandar Rawalpindi berhampiran ibu kota Islamabad, di Pakistan, kata pihak berkuasa.
“Sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan perumahan. Setakat ini, 15 mayat dikeluarkan, termasuk 10 orang awam dan lima anak kapal,” kata jurucakap agensi penyelamat Farooq Butt, menambah 12 yang lain cedera.
Jenis pesawat tidak dapat dikenal pasti lagi setakat ini. – AFP, 30 Julai, 2019.
Komen