3 ditahan kes rompakan emas di lapangan terbang Brazil


POLIS Brazil berkata tiga individu ditahan berhubung kes rompakan sekelip mata emas bernilai AS$30 juta di lapangan terbang antarabangsa Sao Paulo minggu lalu.

Sekumpulan lelaki bersenjata menyamar sebagai polis persekutuan masuk ke gudang di lapangan terbang itu pada petang Jumaat, melarikan lebih 700kg bahan logam berharga termasuk emas. Tiada tembakan dilepaskan dalam kejjadian itu.

Antara suspek yang ditahan ialah pekerja di lapangan terbang itu dan didakwa bekerjasama dengan perompak berkenaan selepas ahli keluarganya diculik, lapor media tempatan.

Emas yang dirompak, dalam perjalanan untuk dihantar ke New York dan Zurich, masih belum ditemui. – AFP, 30 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen