MALAYSIA terus menunjukkan peningkatan dalam Laporan Tahunan Kebebasan Ekonomi Dunia, melonjak tujuh anak tangga dari tempat ke-72 kepada 65.
Bagaimanapun, negara berada di belakang negara jiran Asean, Singapura (2), Filipina (39) dan Kemboja (63). Lain-lain kuasa ekonomi yang mendahului adalah Asia Taiwan, Korea Selatan dan Jepun dengan kedudukan ke-31, 32 dan 39.
Ia juga berada di belakang Hong Kong (1) dan Singapura (2).
Laporan itu menyenaraikan konsistensi institusi dan polis sesebuah negara dalam mempromosikan kebebasan ekonomi dan diterbitkan oleh Institut Fraser Kanada. Laporan itu menyenaraikan 159 negara pada tahun ini.
Laporan itu terdiri daripada 42 data utama dalam lima bidang – saiz kerajaan, sistem perundangan dan hak hartanah, kekukuhan kewangan, kebebasan berdagang di peringkat antarabangsa dan peraturan.
Di samping kedudukan itu, negara dipecahkan kepada 4 kuartil. Negara dalam kuartil teratas mempunyai KDNK purata per kapita AS$42,463 pada 2015 sementara yang kedua ialah AS$21,720, ketiga (AS$9,416) dan kuartil terakhir (AS$6,036).
Menurut laporan itu, purata pendapatan 10% golongan termiskin di ekonomi negara paling bebas hampir dua kali ganda berbanding pendapatan purata per kapita di negara kurang bebas. Jangka hayat dalam kuartil teratas adalah 80.7 tahun berbanding 64.4 tahun bagi kuartil paling rendah.
Malaysia terletak pada kuartil kedua.
Peningkatan kedudukan negara itu disebabkan skor lebih baik dalam bidang “saiz kerajaan”, yang mencerminkan skala intervensi kerajaan dalam negara, bergerak daripada 6.63 mata kepada 6.93 mata.
Terdapat juga penambahbaikan dalam bidang “peraturan” dan “akses kepada mata wang yang kukuh”. “Peraturan” membolehkan sekatan sesebuah negara kepada perniagaan dikenal pasti, sementara “akses kepada mataw wang yang kukuh” berkaitan dengan kemampuan sesebuah negara mengawal inflasi.
Walaupun negara melihat skor keseluruhan yang lebih baik dalam “peraturan”, dengan 8.72 mata berbanding 8.62 mata tahun lalu, terdapat penurunan dalam subkategori “pembayaran tambahan/rasuah/pilih kasih”, daripada 6.29 mata kepada 5.99 mata.
Di bawah “sistem undang-undang dan hak harta”, Malaysia melihat penurunan daripada 5.87 mata kepada 5.76.
Secara ketara, laporan yang dikeluarkan pada 28 September menunjukkan penurunan prestasi dalam subkategori “kebebasan kehakiman” dan “keadilan mahkamah”.
Dalam “kebebasan kehakiman”, Malaysia memperoleh 6.59 mata pada 2014 jatuh kepada 6.01, manakala di bawah “keadilan mahkamah”, terdapat penurunan daripada 6.93 mata kepada 6.67 mata.
Laporan tahun ini memperkenalkan indeks perbezaan gender (GDI) dan menyesuaikan kedudukan negara mengikut halangan undang-undang yang dikenakan ke atas wanita yang mungkin menghalang mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi formal.
Pada skor ini, ranking keseluruhan Malaysia jatuh 14 tempat, dari tangga ke-51 kepada 65, berdasarkan GDI.
Malaysia kekal sebagai salah satu daripada 19 negara dalam laporan di mana wanita secara diwajibkan mematuhi suami mereka atau dilarang bekerja di luar rumah tanpa izin suami. – 4 Oktober, 2017.
Komen