Thailand pantau kesan perang dagangan China, AS


Kementerian Perdagangan Thailand menubuhkan pasukan khas untuk memantau kesan akibat perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS), di samping mencari jalan penyelesaian bagi pengusaha Thailand. – Gambar EPA, 29 Julai, 2019.

KEMENTERIAN Perdagangan Thailand menubuhkan pasukan khas untuk memantau kesan akibat perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS), di samping mencari jalan penyelesaian bagi pengusaha Thailand, lapor agensi berita Thaiand (TNA). 

Ketua Jabatan Perdagangan Luar Negeri Adul Chotinisakorn berkata, penubuhan pasukan itu untuk mengkaji semua kesan yang timbul akibat pertikaian kedua-dua negara berkenaan selain melaksanakan strategi proaktif serta pasif bagi mengatasinya. 

Di samping itu, jabatan bersama Persatuan Promosi Perdagangan Asean pada minggu lalu turut menganjurkan seminar untuk meneroka peluang eksport Thailand terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana di tengah-tengah kemelut itu. – Bernama, 29 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen