Seorang maut, 11 cedera dalam insiden tembakan di New York


Menurut kajian dikeluarkan pada Ogos tahun lalu oleh sebuah institut penilaian kesihatan di Universiti Washington, Amerika Syarikat antara negara yang mencatatkan kematian berkaitan senjata api tertinggi di dunia, disebabkan undang-undang kawalan senjata api yang longgar. – Gambar EPA, 29 Julai, 2019.

SEORANG lelaki maut manakala 11 lagi cedera dalam insiden tembakan di Brooklyn, New York pada Sabtu malam, demikian menurut Jabatan Polis New York (NYPD) lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian berlaku di sebuah taman awam, kira-kira pukul 11 ​​malam (0300 GMT pada Ahad).

Seorang lelaki berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di hospital sementara beberapa yang lain  dalam keadaan kritikal, kata jurucakap NYPD memetik media tempatan.

Tiada tangkapan dibuat polis setakat ini.

Menurut Pesuruhjaya NYPD, James O’Neill, ketika kejadian terdapat kira-kira 2,000 hingga 3,000 orang sedang menghadiri acara tahunan ‘Old Timers Event’.

“Kami akan melakukan segala yang terbaik untuk memastikan komuniti di sini selamat,” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio pada Ahad. 

Menurut kajian dikeluarkan pada Ogos tahun lalu oleh sebuah institut penilaian kesihatan di Universiti Washington, Amerika Syarikat antara negara yang mencatatkan kematian berkaitan senjata api tertinggi di dunia, disebabkan undang-undang kawalan senjata api yang longgar. – Bernama, 29 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen