Insiden tembakan di California ragut 3 nyawa


Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Festival Garlic Gilroy di utara California dalam serangan pada hari terakhir festival tiga hari yang diadakan di Christmas Hill Park. – Gambar EPA, 29 Julai, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Festival Garlic Gilroy di utara California, menurut agensi berita Anadolu memetik laporan media.

Ahli Majlis Bandaraya Dion Bracco mengesahkan kejadian itu dalam temu bual dengan New York Times, sambil menambah 12 orang lagi cedera dan penyerang masih bebas. 

“Jabatan Polis Gilroy dan seluruh komuniti mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Lokasi kejadian dikategorikan sebagai kawasan jenayah aktif,” kata Jabatan Polis Gilroy di Twitter.

Polis juga mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak menghampiri kawasan di Christmas Hill Park itu.

“Langkah undang-undang telah dikuatkuasakan di lokasi kejadian. Penyerang belum ditangkap,” tulis Presiden  Donald Trump di Twitternya.

Serangan berlaku pada hari terakhir festival tiga hari yang diadakan di Christmas Hill Park.  – Bernama, 29 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen